Tuesday, 13 September 2011

LEBUHRAYA KL- KUALA SELANGOR (LATAR)

Sebuah lebuhraya baru telah dibina dari Rawang ke Kuala Selangor. Ia dikenali sebagai lebuhraya LATAR atau Lebuhraya Assam Jawa - Templer. Pembinaan Lebuhraya LATAR sepanjang 33km dengan menelan kos sebanyak RM958 juta menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Lebuhraya LATAR mula dibina sejak Oktober 2008 dan siap pada Mei 2011. Ia dibuka kepada orang ramai pada hari Khamis 23 Jun 2011. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Yang Berhormat Dato' Shaziman Mansor. Perjanjian konsesi lebuhraya ini selama 40 tahun dan telah di pegang oleh Syarikat KL-KUALA SELANGOR EXPRESSWAY BERHAD. 

Projek ini telah diberikan kepada Bina Puri Holding Berhad. Kontraktor pasang siap bagi projek ini adalah Mudajaya Corporation Berhad. Pembinaan ini di bahagikan kepada dua pakej. Pakej 1 cadangan reka bentuk dan kntrak membina dari Assam Jawa ke Kundang dan pakej 2 dari Kundang ke Templer Park. 
Lebuhraya ini mempunyai 3 plaza tol iaitu Plaza Tol Assam Jawa, Plaza Tol Kuang Timur/Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer. 

Kadar tol lebuhraya latar bagi 2011-2015 ialah:

  • Kelas 1: RM2 – kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas
  • Kelas 2: RM4 – kenderaan yang mempunyai dua gandar lima roda atau enam roda kecuali bas
  • Kelas 3: RM6 - kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas
  • Kelas 4: RM4 – teksi
  • Kelas 5: RM4 – bas
Kelebihan pembinaan Lebuhraya LATAR:
  • menjimatkan masa, selamat dan melancarkan perjalanan. 
  • mempunyai empat persimpangan memudahkan untuk akses ke Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Barat pada masa akan datang. 
  • perjalanan dari 2jam lebih kepada 45 minit. 
  • mengurangkan kesesakan di MRR2 dan Jalan Duta
Lebuhraya LATAR turut dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Barat sepanjang 286km.

“Apabila Lebuhraya Pantai Barat siap sepenuhnya, pengguna akan dapat meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak. Laluan ini akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang semakin sesak pada hari ini,” kata Datuk Shaziman.









Masalah yang dihadapi.


Isu Tiada Susur keluar
Sumber Sinar Harian.

 SHAH ALAM - Pihak Kerajaan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) akan melaksanakan kajian terperinci berkaitan isu ketiadaan susur keluar ke Kundang bagi mencari cadangan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penolong Pengarah Perhubungan Awam Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Norhaslinda Abu Yazid berkata, bagi pengguna lebuh raya dari arah Rawang dan Kuala Lumpur, terdapat dua pilihan laluan untuk ke Kundang iaitu melalui Persimpangan Bertingkat Kuang yang menghubungkan Lebuhraya Latar dan Lebuhraya Guthrie seterusnya melalui Persimpangan bertingkat Paya Jaras atau melalui Persimpangan Bertingkat Puncak Alam di Lebuhraya Latar. Beliau berkata, pengguna dari arah Ijok dan Kuala Selangor boleh menggunakan Persimpangan Puncak Alam untuk ke Kundang. Menurutnya, pada asalnya jalan susur masuk yang digunakan penduduk setempat terutama sekali di kawasan Bandar Baru Kundang serta kawasan sekitarnya untuk memasuki Lebuhraya Latar menuju ke Rawang tidak terdapat di dalam perjanjian konsesi Lebuhraya Latar. “Reka bentuk asal jajaran Lebuh raya Latar berada di atas tanah, manakala jambatan akan dibina bagi membolehkan Laluan B149 melintasi Lebuhraya Latar. “Bagaimanapun, semasa proses pembinaan Lebuhraya Latar, pihak konsesi menghadapi masalah dalam memindahkan dan merobohkan struktur penghalang,” katanya dalam satu kenyataan. Norhaslinda berkata, bagi mengelakkan dan meminimumkan masalah di kawasan tersebut, reka bentuk Lebuhraya Latar diubah dari at-grade kepada fly-over bagi memastikan Laluan B149 kekal seperti status quo (at-grade). Beliau berkata, pihak Konsesi perlu menanggung pertambahan kos bagi pembinaan empat lorong lebuh raya yang melintasi Laluan B149 (2 lorong). Selain itu katanya, sebagai inisiatif pihak Konsesi untuk menyuraikan trafik di Laluan B149, satu susur masuk secara terus dibina di kedua-dua arah Lebuhraya Latar. “Ini akan memberi kemudahan kepada penduduk setempat memasuki lebuh raya ini untuk pergi ke Rawang, Kuala Lumpur dan Ijok atau Kuala Selangor. Menurutnya, bagi isu Persimpangan Bertingkat Bandar Tasik Puteri (BTP) ia akan dibina dalam masa terdekat setelah selesai perbincangan di antara pemaju BTP dan pihak Latar. Katanya, Menteri Kerja Raya meluluskan permohonan pemaju BTP untuk membina persimpangan bertingkat ke Bandar Tasik Puteri dari Lebuhraya Latar. “Pihak pemaju BTP juga akan menanggung keseluruhan kos pembinaan dan kos pengambilan balik tanah bagi tujuan tersebut. “Buat masa ini, penduduk di BTP boleh memasuki Lebuhraya Latar melalui Persimpangan Bertingkat Puncak Alam dan juga susur masuk Kundang di Laluan B149,” katanya.



Sumber keretan akbar : SelangorKini 21/ Jun/ 2011

IJOK 21 JUN - Ketua Pegawai Operasi KL Kuala Selangor Expresway Berhad (KLSEB), Amran Amir berkataLEBUH RAYA Assam Jawa Taman Rimba (Latar) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui utara Taman Templer ke Ijok sepanjang 33 kilometer kini 99 peratus siap dan dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir bulan ini.
Menurut Amran , lebuh raya bernilai RM958 juta itu menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang untuk ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
“Pembinaan lebuh raya ini dimulakan pada Oktober 2008 dan dengan siapnya pembinaan lebuh raya ini, ia melengkapi 75 peratus sasaran pembinaan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) sebagai satu laluan alternatif di Lembah Klang selain Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang kini mencapai kapasiti maksimumnya.
“Apabila dibuka, laluan dua lorong sehala Latar dijangka menerima kira-kira 60,000 kenderaan sehari dan purata peningkatan trafik sebanyak lima peratus setahun bagi tempoh 10 tahun akan datang,” katanya pada sidang media ketika melakukan tinjauan awal operasi lebuh raya itu di sini, semalam.
Beliau berkata, Latar turut menghubungi lebuh raya utama lain iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) serta Lebuh Raya Pantai Barat yang akan dibangunkan kelak.
“Perjalanan dari hujung ke hujung Latar mengambil masa 18 minit dengan had kelajuan antara 90 kilometer hingga 110 kilometer sejam. Perjalanan dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur yang selama ini mengambil masa dua jam kini dapat dipendekkan dalam tempoh 45 minit saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment